Sunday, August 21, 2011

Mengecat di bulan puasa

Salam, hari ni rasa macam nak pengsan. NI semua pasal mengecat. Ikut pelan asalnya nak mengecat sebelum puasa. Tapi apakan daya, asalkan hujung minggu aje hujan pun turun. Jadi memang tak sesuailah kalau nak mengecat. Kerja-kerja mengikis cat dah lama siapnya. Minggu pertama puasa hingga ke hari ini, petang je mesti hujan. Hmmm, sempat ke tidak nak mengecat ni. Jadi pagi-pagi ni tengok cuaca agak menarik. Terus salin pakaian dan terus mengecat. Dapat siapkan mana yang sempat pun jadilah. Nanti pelan-pelan boleh sambung. Kerja-kerja mengecat ni aku buat sorang-sorang aje. Kerja-kerja mengikis pun sama. Ada jugalah Saffiy bantu sikit-sikit, biasalah budak-budak adaaa aja yang gatal tangan nak diusiknya.

Kerja-kerja mengikis yang dah siap lama dah tapi tak sempat nak mengecat.

Pilihan cat kali ini adalah brand Jotun khas untuk cat luar rumah. Tahan cuaca, kulat dan alga. RM190 untuk 5l iter. Perghhh, sib baik orang tua aku yang sponsor. Keh3 .. Sebelum2 ni kami guna brand murah macam MaxiLITE. Tapi memang tak lama la, tumbuh kulatnya. Adoiii, tak tahan laaa. Nak mencuba yang branded sikit.

Kerja mengecat tembok luar rumah.
Jika nak diikutkan, warna kali ini adalah lebih kurang sama dengan warna tahun lepas. Dipilih oleh tuan punya sponsor lah. Awak takde sponsor dok dendiam aje sudah. hahaha .. Kerja mengecat ni start jam 8.30 pagi .. Sikit2 .. lenguh woooo ... tak boleh minum air pulak tu. Kalau boleh minum air, memang laju je siap kerja mengecat ni ...

Sebelum dan selepas. Tapi separuh siap laa
Sebelah kiri tu warna sebenar. Bila matahari dah naik, amik pulak gambar dengan handphone lari pulak tune warnanya dalam gambar. Tapi nampak la perbezaannya, dah elok sehhhh. KErja separuh siap jam 11.30am. Matahari dah meninggi, haus bukan main. Macam nak pengsan. Aku stop dulu dan sambung esok2 .. hahaha .. aduhhh ..

No comments:

Post a Comment