Assalamu'alaikum .. Sibuk pulak sejak masuk baazar ni. Setakat ni Alhamdulillah. Walaupun pulangan tak banyak macam orang lain, tapi masih lumayan. Teringat masa hari mula berniaga baazar. Ya Allah, macam nak pengsan rasanya. Hari kedua pun macam tu juga. Masuk hari ke3, dah okay sikit dah. Bak kata pepatah omputih 'get use to it' , kata org melayu kita 'alah bisa tegal biasa' .. hahaha .. Tapi hari ke 3 dan ke4 tu agar worse sikit. Ujian dari Allah betul2 membuatkan kita tunduk kepadaNya. Hujan selebat2nya. Tapi, habis juga air ku. Hehe .. Makin hari makin seronok berniaga. Patutlah ramai yang berebut-rebut nak berniaga baazar. Dan makin hari makin bertambah peminat2 gerai kami.
1st day sepatutnya kami jual 4 jenis air. Tapi disebabkan salah setting bahan2 persediaan, maka air soya tidak dapat dibuat dan tak dapat dijual. SO kami display 3 jenis air iaitu Teh Bunga, Mata Kucing dan Tembikai. Dekat baazar tempat kami tu ada lagi sorang peniaga jual air. Rupanya dia jual air soya, Tebu (tak selalu, stok tebu susah dapat katanya), dan air bandung. So oleh sebab 1st day kami dah tak menjual soya, maka kami decide untuk pull out soya dari menu utama. Tak apa lah, nanti takut kata kita meniru pula.
So begitulah kami dengan 3 jenis air berkenaan. Harga kami agak mahal sikit kalau nak dibandingkan dengan peniaga-peniaga baazar yang lain mahupun di seksyen2 lain. Tapi bukan mahal sebab saja nak letak mahal atau nak kaut untung lebih. Mahal sebab berbaloi. Suatu ketika dulu aku ni pernah 4 tahun jadi org penapauan di pejabat. Di situ aku perhatikan selera orang ni macam-macam. Tukang komen pun macam-macam. Berdasarkan atas pengalaman jadi tukang tapau kawan2 sepejabatlah aku dapat kesimpulannya, kalau sedap memang orang akan datang beli.
Harga aku yaaa, 1 cawan (16oz) @ cup harganya RM1.00 .. 1 bungkus penuh plastik kecil RM2.50 manakala 1 bungkus penuh plastik besar RM3.50 .. Alhamdulillah, setelah ramai yg merasa, ramai yg datang kembali membeli air2 jualan kami. Ramai juga customer sebelah lari ke gerai kami.
Ramailah juga yang bertanya, macam mana buat air ni yaa? Akak ada buat tapi tak sama pun rasanya dengan nko punya? Hahaha . tu la antara rahsianya .. Saya pakai barang2 gred B kak oii, barang mahall .. tu pasal sodapp. keh3 ..
Kita rasa dihargai apabila dapat pancing regular customer. Mereka ini datang dan datang membeli. Ada juga yang dari seksyen lain datang beli air jualan kami ni. Memang katanya lain dari bazaar lain. Bagi kami yang penting, sedap, cukup rasa cukup manisnya .. Paling hebat kami pernah jual, baru 6.30petang dah habis semua air jualan kami. Syukur Alhamdulillah ..
Haa, ni baru pukul 6 dah tinggal sikit. Selalnya air Tembikai la yang habis dulu. Mata kucing dengan Teh Bunga still boleh Topap. Air Tembikai kami ni pun ramai yang suka. Opp, cukup dulu kot. Abah aku dah panggil. Kena jadi IWK kejap nih. Hahaha .. tata titi tutu ..
No comments:
Post a Comment