Assalamu'alaikum .. Part2, aku mengisahkan kami berniaga di bazaar Ramadhan. Aku n wife akan berada di baazar jam 4.30 ptg. Bila berkumandang je seruan Azan, kami pun Asar lah bergilir-gilir. Masa tu dah dapatlah bungkus air sikit-sikit. Tempat bazaar ni adalah di seksyen 2 iaitu di jalan 2/3a. Tempat kami ni pula peniaganya memang tak seramai bazaar2 yang lain. Hanya ada 10 peniaga aje. Dulu ada la juga sampai 22 peniaga, tapi rasanya ramai yang dah lari dan mencuba ditempat baru. Almaklum, Bangi sekarang ni banyak tempat dah buka. Uptown sana sini, pasar malam sana sini ..
Tapi yang istimewanya, sungguhpun para peniaga tak ramai tetapi pengunjungnya boleh tahan juga. Kalau tidak mahu air jualan kami tak habis. Tiap-tiap hari InsyaAllah habis. 300m dari tempat kami berniaga ni adalah sekolah. Makanya mana-mana ibu bapa yang mengambil anak-anak akan terus datang ke sini untuk membeli juadah berbuka. Kalau nak pergi membeli ditempat lain, sudah lah jauh bersesak-sesak pula. Jadi memang mereka akan datang ke sini. Kelemahannya, hari ahad memang kami tak berniaga sebab tak ada orang. Kelebihannya, kami dapat berehat. Hahahaa .. Jadi takde lah masyukk sangat .. Just nice syukur Alhamdulillah ...
No comments:
Post a Comment