Dari semalam dok berfikir apa nak buat hujung minggu nih. Temanya, aktiviti dengan anak2 di dalam rumah. Nak ajak main, kang bersepah rumah penat wooo nak kemas. Hahahaha .. kami terfikir nak buat muffin dengan anak2 since anak2 we all pun semuanya gegirl je. Tapi tak jadi sebab kalau nak buat muffin tu, kami nak kena keluar cari bahan-bahan pula. Buka laci, ada pula pek dadih segera yg belum dibuka. Hah, memang sesuailah tu. So kami semua buat lah dadih sama-sama di dapur .. Enjoy the pic .. as usual ..
|
Proses mula2, sebab 1st time buat so takut nanti jadi banyak sangat. Kami bahagikn kepada 3. Tu sebab ada penimbang kat belakang tu. |
|
Lepas dah kira2, ni la bancuhan dia. Susu cair + gula pasir. Masak Duluu .. |
|
Serbuk dadih belum dimasukkan. Sementara menunggu yg tadi mendidih, siapkan bekas2nya dulu. |
|
Dengan bancuhan 1/3, dapat 11 bekas kecil dadih. OK la tu, besok2 boleh buat lagi yaaa |
No comments:
Post a Comment