Dah dua minggu gigi Saffiyah goyang. Dalam masa tu ada juga dia cuba-cuba cabut sendiri. Tapi takutlah! katanya. Perlahan-lahan kami yakinkan dia yang cabut gigi bergoyang ni tak sakit. Sebab memang dia nak tercabut dah. Tapi Saffiy tak mahu juga. Akhirnya kami bawa dia pergi jumpa dentist. Klinik kerajaan aja, murah sikit. Ekonomi pun tengah slow sekarang ni.
Selepas giginya telah dicabut oleh doktor. |
Haaa, tu nampak ada gigi baru nak tumbuh. Alhamdulillah gigi anak-anak cabut bukan sebab rosak. |
Doktor kata kena minum air sejuk. Makan icecream lagi bagus daddy. kata Saffiy |
Hmmm .. iye lah .. meh la daddy belanja .. order la apa yang kami ndak .. |
Akhirnya roti canai juga pilihan hati. Hua hua huaaa .. |
Be good yaa ..
No comments:
Post a Comment