Thursday, July 28, 2011

Banner dah siap

Alhamdulillah, ni dah dekat jam 12.10 pagi ni aku n wife tak tidur lagi. Dok menghasilkan pic yang hendak dicetak di atas banner saiz 6x2 kaki gitu untuk kegunaan meniaga di bazaar Ramadhan nanti. Hensem tak? hahahaha ...


Haha, kalau tengok ni time puasa nanti mesti tangkap leleh .. Mudah2an dipermudahkan rezeki dariNya. InsyaAllah .. Aminnn ...

Hah, Bisnes card pun dah siap. Aku ni sejak berhenti kerja di AAM banyak juga buat freelance sana sini. Tapi yang printing ni memang fulltime buat. Sebab tak terikat dengan ofis. Memanjang keluar aje cari market. Boss pun tak kisah kalau ada 2nd job, janji ada job masuk untuk printing .. Ni ha kad nama saya ..

Front Side

Back Side

Kalau ada yang berkenaan, calling2 lah yaaa .. Tengkiu ..

Sunday, July 17, 2011

XTVT dgn anak2 - Buat Dadih

Dari semalam dok berfikir apa nak buat hujung minggu nih. Temanya, aktiviti dengan anak2 di dalam rumah. Nak ajak main, kang bersepah rumah penat wooo nak kemas. Hahahaha .. kami terfikir nak buat muffin dengan anak2 since anak2 we all pun semuanya gegirl je. Tapi tak jadi sebab kalau nak buat muffin tu, kami nak kena keluar cari bahan-bahan pula. Buka laci, ada pula pek dadih segera yg belum dibuka. Hah, memang sesuailah tu. So kami semua buat lah dadih sama-sama di dapur .. Enjoy the pic .. as usual ..

Proses mula2, sebab 1st time buat so takut nanti jadi banyak sangat. Kami bahagikn kepada 3. Tu sebab ada penimbang kat belakang tu.
 
Lepas dah kira2, ni la bancuhan dia. Susu cair + gula pasir. Masak Duluu ..


Serbuk dadih belum dimasukkan. Sementara menunggu yg tadi mendidih, siapkan bekas2nya dulu.


Dengan bancuhan 1/3, dapat 11 bekas kecil dadih. OK la tu, besok2 boleh buat lagi yaaa

Friday, July 15, 2011

Saffiy Cabut Gigi

Dah dua minggu gigi Saffiyah goyang. Dalam masa tu ada juga dia cuba-cuba cabut sendiri. Tapi takutlah! katanya. Perlahan-lahan kami yakinkan dia yang cabut gigi bergoyang ni tak sakit. Sebab memang dia nak tercabut dah. Tapi Saffiy tak mahu juga. Akhirnya kami bawa dia pergi jumpa dentist. Klinik kerajaan aja, murah sikit. Ekonomi pun tengah slow sekarang ni.

Selepas giginya telah dicabut oleh doktor.


Haaa, tu nampak ada gigi baru nak tumbuh. Alhamdulillah gigi anak-anak cabut bukan sebab rosak.


Doktor kata kena minum air sejuk. Makan icecream lagi bagus daddy. kata Saffiy


Hmmm .. iye lah .. meh la daddy belanja .. order la apa yang kami ndak ..


Akhirnya roti canai juga pilihan hati. Hua hua huaaa ..

Be good yaa ..

Sunday, July 10, 2011

Aku dan Air Mata Kucing

Alhamdulillah, aku makin terrer buat air mata kucing (AMK) ni. Trick dia, macam mana nak pilih Dry longan yang sedap sekarang semua aku dah tahu. One thing, good thing no cheap, cheap thing no good. Kalau nak puas hati dengan makanan, jangan kedekut. Dan hari ni, aku sudah cuba menjual AMK ni di tepi jalan dan sambutannya sangat menggalakkan. Aku nakkan customer beli dan datang lagi. Dan itu yg berlaku. Alhamdulillah syukur walaupun pulangan tak seberapa.

Jenis yang ini tak berapa sedap

Mula-mula sekali, korang jangan beli dry longan yang pek dia macam ni. Ni peknya 1kg dan harga masa aku beli adalah RM17 untuk 1kg. Sebelum ni dah pernah beli dekat tempat lain. Harganya mahal, dan bila diberitahu rakan dia ad terjumpa dry longan dengan harga yang murah maka aku keluarkan modal sikit untuk beli. Apabila di rebus supaya ianya kembang dan keluar pati-patinya, air rebusan jenis yang ni terus jadi hitam dan berbau herba. LIhat gambar dibawah dan bezakan. Ni adalah gambaran sebelum dry longan ni direbus.

Jenis yang murah. Berbau dan buahnya telah dicarik-carik.

Jenis mahal sikit. Buahnya nice dan seketul-seketul. Looks original ..

Jadi nanti kalau pergi ke mana-mana tempat dan terjumpa orang jual air mata kucing, lihatlah dulu pada buahnya. Kalau buahnya seperti dicarik-carik, maka peniaga tu guna dry longan jenis murah lah tu. Kalau longan dia cantik, maka dia guna jenis yang mahal lah tu. And then, dont complaint kalau dia jual mahal ye. Muahahahaa .. apa salahnya labur lebih sikit untuk dapat yang best .. kan?  :o)

Masuk je dalam air, terus airnya bertukar hitam

Air dah nak hampir mendidih, tapi warnanya tetap cun. Seperti buahan segar
You all boleh bezakan mana yang bagus dan mana yang tidak. Hanya Jauhari mengenal manikam. Cuba lihat pula gambar dibawah. Mata kucing yang telah siap direbus, dikeluarkan dan ianya memang kelihatan seketul-seketul. Cantik ..

Berbeza sungguh dengan jenis yang murah kan ..?
Begitulah sedikit sebanyak tips-tips yang boleh diberi. Semoga tips2 sebegini membantu dalam menghasilkan Air Mata Kucing yang berkualiti. Tengkiu ...

Thursday, July 7, 2011

Tapak Pasar Ramadhan

Alhamdulillah, flow semua dah cantik. Dengan izin Allah, maka aku dapat satu tapak pasar malam nearest to my house. Syukran Ya Allah. Walaupun pasar Ramadhan tu tak besar dan tak crowded, tapi ini satu permulaan yang baik untuk aku dan keluarga. Plan nak jual air aje such as mata kucing, tembikai, teh bunga dan soya. Kalau soya mmg aku punya kepakaran lah. hahahaha ...

Barang pun banyak yg dah ada. Payung, meja, tong air dan macam-macam lagi. Tinggal nak tambah beberapa barang yang tiada mcm alas meja, apron .. Perasaan risau pun ada juga nie. Pengalaman taklah besar mana. Tapi kami akan cuba sebaik mungkin InsyaAllah .. BTW, tapak pasar Ramadhan yang dekat dengan rumah aku ni bayarannya RM180 je. Tapak bersaiz 8 x 8 kaki. Nasib baik aku dah ada sijil pengendalian makanan dan dah ambil suntikan tifoid. Terima kasih dik As .. He he heee ... korang jangan jelesss ..

Sijil Kursus Pengendalian Makanan

Kad Suntikan Tifoid

Hari ni aku merayau cari sumber mata kucing tu selain dari kedai sensei. Huh, tak ada laaa. Memang nak kena beli kat kedai sensei juga gamaknya nie. Kajang dah round, Bangi pun dah round ..

Monday, July 4, 2011

Kalau senyap aje, ada la tuuuu




Ni la kerja dia bila tiba-tiba suasana jadi sepi. Dalam diam dia buat kerja dia. Kreatif ni