Thursday, May 9, 2013

Sunday, May 5, 2013

Happy Birthday Iman - 7 Years



Kek Iman .. Yayy !



Jom tiup lilin .. !

Then, the nexy day ..



Hadiah birthday dari Paksu Ariff untuk Iman.
DIY fridge magnet. Memang bagus la benda ni.
Its so fun for them. Tengah kusyuk la tu.

Sunday, March 17, 2013




Upgrading, blue belt to purple belt.
Congrats Saffiyah!

Sunday, February 10, 2013

Jalan2 Hujung Mingggu



Haa, kali ni kita jalan2 jauh sikit. Dekat Stadium Kajang ya. Fuhhhh, jauh juga
Bangi - Kajang ni. Hahaha, jauh? 10 minit je dah sampai.


Dekat sini ada tempat permainan kanak2, alat senaman sepertu air walker dan sebagainya.
Trek untuk jogging dan padang bola. Kemudahan lain seperti tempat letak kereta agak memuaskan.
Tapi toiletnya tak boleh pakai. Kotor dan tidak terurus :(


Seperti biasa, dah lepas main2 tu mesti nak makan2 atau minum2. Iman dengan
kesukaannya iaitu ayam goreng. Dan macam Upin Ipin dah. Asyik nak ayam goreng aje.


Kakak punya kesukaan nasi lemak. Kadang2 tukar menu Roti Telur bawang.
Haaa, tengok tu ada ayam jugak. Pengaruh Iman la tu. Haa makan yaa makan.


Si Mysarah ni, tak kisah apa pun dia bedal. Masih kecil lagi tak pandai memilih.
dah besar nanti tak tahu la apa makanan kegemaran dia.

Wednesday, February 6, 2013




Balik dari sekolah Agama, habis kena aiskrim

Sunday, January 20, 2013

Aktiviti hujung minggu



Menemani Saffiyah untuk sessi kelas Karate setiap hari ahad tanpa miss. Lepas habis latihan, mesti pergi makan roti telur bawang.

Monday, December 31, 2012

School Session 2013 Begins



Bermula episod persekolahan 2013. Iman masuk darjah 1 manakala Saffiyah naik darjah 3. Belajar rajin-rajin ya. Mereka ni walaupun rumah dekat dengan sekolah, tapi kami tetap hantar sampai pintu pagar. Dan pastikan mereka masuk ke dalam hingga hilang bayangannya. Moga-moga kamu dapat belajar dengan baik, jadi anak yang solehah dan berguna untuk Agama, bangsa & negara.

Tuesday, December 25, 2012

Sunday, December 16, 2012

Opss Stationary 2012 - 2013





Tiap-tiap hujung tahun kena buat macam ni. Mesti ada punya terselit di mana-mana. Bawah meja, tepi katil, belakang peti ais, dalam rak baju. Haaa, check jangan tak check.

Saturday, November 17, 2012

Saturday, October 6, 2012

Ujian penukaran tali pinggang






Upgrading belt, green to blue. Darjah 2.
Mula-mula katanya tak nak datang. Nanti ada pergaduhan. Rupanya bukan pergaduhan, pertaruhan @ pertandingan. Hishhh .. seram dengar kata ada pergaduhan tu. Haha

Tuesday, September 25, 2012

Nak Susu ..!!



Nur Marya Maisarah, 2 years old

Tuesday, August 21, 2012

Tuesday, July 24, 2012

Karate belt upgrading




Yayy, white belt to green belt.

Saturday, April 14, 2012

My Little Mysarah


Hahaha, Maksu Maryam dia punya kerja ..
Umur 2 Tahun




Wednesday, October 12, 2011

Wednesday, August 31, 2011

Sunday, August 28, 2011

Wife n Kids



Masa ni Saffiyah Darjah 1 (7 tahun), Iman eXra School (5 tahun), Maisarah berumur 1 tahun.

Sunday, August 21, 2011

Mengecat di bulan puasa

Salam, hari ni rasa macam nak pengsan. NI semua pasal mengecat. Ikut pelan asalnya nak mengecat sebelum puasa. Tapi apakan daya, asalkan hujung minggu aje hujan pun turun. Jadi memang tak sesuailah kalau nak mengecat. Kerja-kerja mengikis cat dah lama siapnya. Minggu pertama puasa hingga ke hari ini, petang je mesti hujan. Hmmm, sempat ke tidak nak mengecat ni. Jadi pagi-pagi ni tengok cuaca agak menarik. Terus salin pakaian dan terus mengecat. Dapat siapkan mana yang sempat pun jadilah. Nanti pelan-pelan boleh sambung. Kerja-kerja mengecat ni aku buat sorang-sorang aje. Kerja-kerja mengikis pun sama. Ada jugalah Saffiy bantu sikit-sikit, biasalah budak-budak adaaa aja yang gatal tangan nak diusiknya.

Kerja-kerja mengikis yang dah siap lama dah tapi tak sempat nak mengecat.

Pilihan cat kali ini adalah brand Jotun khas untuk cat luar rumah. Tahan cuaca, kulat dan alga. RM190 untuk 5l iter. Perghhh, sib baik orang tua aku yang sponsor. Keh3 .. Sebelum2 ni kami guna brand murah macam MaxiLITE. Tapi memang tak lama la, tumbuh kulatnya. Adoiii, tak tahan laaa. Nak mencuba yang branded sikit.

Kerja mengecat tembok luar rumah.
Jika nak diikutkan, warna kali ini adalah lebih kurang sama dengan warna tahun lepas. Dipilih oleh tuan punya sponsor lah. Awak takde sponsor dok dendiam aje sudah. hahaha .. Kerja mengecat ni start jam 8.30 pagi .. Sikit2 .. lenguh woooo ... tak boleh minum air pulak tu. Kalau boleh minum air, memang laju je siap kerja mengecat ni ...

Sebelum dan selepas. Tapi separuh siap laa
Sebelah kiri tu warna sebenar. Bila matahari dah naik, amik pulak gambar dengan handphone lari pulak tune warnanya dalam gambar. Tapi nampak la perbezaannya, dah elok sehhhh. KErja separuh siap jam 11.30am. Matahari dah meninggi, haus bukan main. Macam nak pengsan. Aku stop dulu dan sambung esok2 .. hahaha .. aduhhh ..