Saturday, April 30, 2011

Cukur Jambul Nur Marya Maisarah

Bersempena kenduri kahwin Adik As @ Ajib Zizou (atau nama sebenar Mohd Razif Mohamed Rus) yg akan diadakan esok, maka kami adik beradik sepakat untuk menjalankan satu upacara cukur jambul since ada ramai lagi anak2 @ cucu Uwan Banun yang belum melakukan upacara ini. Dah alang2 pasang khemah dan ala2 kenduri, maka kami sekalikan dengan majlis tersebut.

Hah, menenangkan Maisarah di luar rumah. Hahaha, takut dia tengok orang ramai2 ni.
Ketika aku sedang menenangkan Maisarah di luar, tiba-tiba ada orang bertanya dalam loghat Negeri Sembilan. "Ehh, ekau nak potong kelapo bolun? Takdo kelapo tak jadi doo" Aku pun pelik, ehhh .. ingatkan dah ada. Muahahahahaa .. Kelapanya dah siap ada,  cuma belum dipotongnya lagi. Ahhh sudah .. panik  jadinya aku. Mesti aku yang kena buat nih. Tapi, takpelah, buat aje lah.  Nazri kan boleh setel semua. Hahahahaa .. Di pendekkan cerita pengalaman nak buat ni mmg takde.  Seumur hidup memang tak pernah lah buat lagi. Ni adalah peluang kali pertama untuk mencuba. Jadi hantam sajalah. Aku kan genius .. hahahaha. Dalam pada buat tu, aku berdoa juga banyak-banyak supaya Abg Lang cepat sampai. Muahahhaaa sebab dulu masa Iman, dia yg buatkan. Manalah taku kalau aku buat tu tak jadi, ada gak back up orang yg pandai buatkan.

1st time buat, Alhamdulillah berkat kesabaran .. Jadi juga akhirnya

Mula-mula kena buat corak garisan dulu supaya nanti senang nak tebuk ikut lining. Tak ada la nanti senget la, tak center la. Lepas aku buat garisan semua tu, baru aku tebuk guna pisau berbilang fungsi. 1st cucuk kat kelapa tu, terpercik air dia kat muka. Huh, terkezut pakcik. Hahaha, lepas tu tebuk sampai habis .. dan Siap!

Yesszaaaa .. mantap
Habis aje tebuk buah kelapa ni, terus hantar ke dapur untuk hiasan. Selang 15 minit, majlis pun bermula. So, enjoy the pic. Thanks Zue tolong ambilkan gambar.

Uuuucakkk .. jangan menangis yee Maisarahh


Pak Ngah : Pasal ekau yg tobuk kolapo tu, meh anak ekau den buek yg potamo


Ehhh, jgn baling kuat2 Pak Ngah .. muahahaa


Maisarah start cari Umi dia la tuu


Apo lak time atuk misai gamba ni tobalik .. alahaiii (ehh, ckp N9 pulak)


Haaa, CIk Yah .. Mem kepada Atuk Misai


Abg Lang : Jangan menangis, Pak Lang garang ni .. Pak Lang garang ni .. haha


Ibu mertua Apis ..


Uwan Si Banun .. Pueh hati den, dapek semuo jalan sekali


Habis basah kepala Maisarah kena tawar air kelapa


Abang Lang, ada lagi ke nak kena pusing ni. Berapa round lagi ni ..


Abg Lang : Okeh, ni last .. lepas ni setel daahh


Abg Lang : Tiba-tiba lapar, kau lapar tak Nazri? Lepas ni kita serang dapur pulak ndak?
Kak Lang : Laki aku tu bisik2 dgn Nazri tu mesti ada plan nak makan ni. Kena sorok makanan ni.




Hahahahaa .. dahhh Abihhhh ........

Friday, January 7, 2011

Saffiy 1st Learning in SKBBB

Hari ni hari last dlm minggu pertama dia bersekolah. Alhamdulillah, so far so good. Hari ni dia balik dan cerita apa yg cikgu ajar di sekolah. Selama beberapa hari ni, cikgu tak ajar apa2. Lebih pada orientasi, kenal murid2, kenal rakan sekelas dan sebagainya. This is what she learn at school. How to draw a fish .. Actually dia mmg boleh melukis. Tapi untuk 1st learning ni, dia excited sebab 1st thing yg cikgu dia ajar si sekolah. No more Smart Reader .. hahaha..

Excited betul dia nak tunjuk yg dia dah boleh lukis ikan mcm ni. Thumbs up Saffiy!

Sunday, December 12, 2010

Iman kena Chicken Pox

Lebih kurang selang beberapa minggu, Iman pula kena chicken pox. Ngam2 lepas konsert Graduation Smart Reader.



Iman pun dah jadi Zombie Kampung Pisang. Jangan berjangkit dgn Maisarah sudah lah ..



Friday, December 10, 2010

Smart Reader Graduation n Concert Day 2010

Ahha .. the day that we waited for. Saffiy baru je recover dari chicken pox. Thanks Allah .. dapat juga dia hadir perform. Even she just a kids, I really want to see how is she on stage. Venue di dewan MFI di belakang ESSET KWSP Bandar Baru Bangi. Hall yang selesa, pendaftaran student yang lancar tapi ada certain perangai mak bapak yang tak reti dok diam pi halang pandangan orang lain yg nak tengok student perform. Bengong betul lah !!!!!!!!!

We all baru sampai, just nice dapat tempat yg baguih dok ada.

Haa, ni lah dia. Ngalahkan budak2. Kami nak tengok student perform bukan nak tengok punggung hangpa!!

All the mangkukers ..


Iman : Rilek ahh Daddy .. meh kita makan meh


Haaa, sib baik nkorang ke tepi .. Aku dok peram dah suara aku tadi .. he he hee
There she is ...

Iman : Bila nak habis ni .. lamanyaaa ..

Dah abihhh .. tunggu time nak balik .. ehh, ada benda bocorlah

Yayyy .. dapat hadiah .. cemerlang dlm fardu 'Ain dan Sains


Daddy n Umi sooo proud of you.
Hope this glorious achievement will continue till end

Just before we left


Wednesday, December 1, 2010

Saffiy n Chicken Pox

Its only 10 days to go for your Smart Reader Graduation n Concert Saffiy and now you got a chicken pox! Aduii .. What to do? Luckily she already had a practice before. Hope she remember all those step. I Dont wanna miss you perform on stage yaa. Take your medcine, have an enough rest and get better ASAP. Look at you, already like zombie kg pisang lah .. haha .. Iman! Dont get to close, then the next is yours ..

Still having a nice smile

Diffrent exposure setting. Bit bright ..

What kind of style is this? Iman .. I follow .. hahaha

Aiyooo .. hope can recover soon yeahhh


His teacher keep calling ask how the progress. They are really take care of their student. Very well Smart Reader. Thumbs up to Teacher Komathi.

Monday, November 8, 2010

Iman ke Tuisyen Cepat Baca

Alhamdulillah, dlm keadaan gawat2 ni Iman dapat juga ke sekolah. Suppose dia ke Tadika. Tapi sbb ada masalah kewangan, dia di hantar ke pusat tuisyen baca E-Xra. Tempat ni actually di running oleh seorang kenalan yang tidak asing lagi. So atas jasa dia serta mempromosikan tempat dan kaedah ni, dapat la tumpang belajar secara percuma. Syukur ..


Aku pun dengan selamba minta kebenaran Cikgu dia untuk ambil pic diorang ni. Hehehehe ..

Thursday, October 7, 2010

Wednesday, September 29, 2010

Gua jadi Boss ??

Ni gambar dummy je. BUkan real pun. Hanya lakonan semata2. Muahahahaa .. ni masa berkunjung ke kedai Abg Anuar Homeopathy kat Bandar Seri Putra, Bangi. Amacam, ada tokoh jadi bos tak? Hua hua hua ..


Kot ye tak jadi bos pun, lakonan aku kira mantap gak kan? har har harrruunnn ..

Hasil Duit Raya Anak-anak




Friday, September 24, 2010

Hasil Duit Raya Anak-anak

Alhamdulillah, walaupun tak ke mana sangat raya tahun ni tapi masih ada ruang untuk anak-anak daddy belanja duit raya mereka dengan apa sahaja yang mereka mahukan. Only can buy 1 thing. Balance, masuk SSPN yaa. masing2 dah ada account SSPN, senang nak manage. Tengok apa yang Saffiy dan Iman beli .. 


Nak tahu macam mana mereka boleh nak beli kura-kura ni? Ada sekali masa hari raya tu, kami ziarah rumah pak sedara di area Bangi juga. Kat luar rumah dia ada la kura-kura dalam akuarium. Tapi dah besar. Saffiy dan Iman suka tengok telatah kura-kura tu. Katanya cute .. alahai .. lepas tu sibuk kata nak beli kura-kura. Dah duit diorang, aku just penuhi permintaan aja. Lagi pulak menggalakkan anak2 memelihara binatang ni boleh memupuk kasih sayang mereka. Ahhhaaaa ...

Tuesday, September 14, 2010

5th Raya - Baby is born

Alhamdulillah .. Syukur padaMu ya Allah. Zue dah selamat menjalani pembedahan, baby pun dah selamat di lahirkan. Kedua-duanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Aku diberitahu bahawa baby tersebut adalah girl. Alhamdulillah again .. Its ok .. 1st time masa aku tengok baby ni, saling tak tumpah macam muka Saffiy masa dia lahir dulu. Comey anak Daddy n Umi ... Anak ke-3 kami ini diberi nama NurMarya Maisarah

1st day NurMarya Maisarah Binti Muhamad Nazri



You are sooo cuteeee ... Your birthday is 14, Daddy also 14 ..

Monday, September 13, 2010

4th Raya - Zue masuk Wad

Pagi tadi dah bawa Zue ke Hosp Putrajaya. Ikut jadualnya pagi ni masuk wad n besok baru operate keluarkan baby. Aku hantar Zue without Saffiy n Iman. Kalau bawa diorang nanti susah pula. Masing2 kecil lagi kan .. Lepas setel urusan masuk wad, aku balik jaga anak2.

Sejak balik pagi tadi Saffiy dan Iman suruh siap2 nak pergi tengok Umi kat Hospital. Dan banyak kali tanya 'Baby Muhammad' dah keluar ke? Yaaaa, kami tak scan pun jantina baby. Tapi kami mengharapkan yang last ni mudah2an baby boy lah. Kalau ditakdirkan baby girl, pun syukur alhamdulillah. Bila dah masuk waktu melawat petang baru kami datang ..

Iman : Umi, baby belum keluar lagi ke?

Rinduuu Ummi ...

Aduyai .. sampai berdarah2 .. apa punya nurse laaa ..

Bila Umi dia masuk toilet je, sibuk nak baring atas katil ni ha ..

Maintain hensem dan vouge

Iman tak nak turun .. katanya katil tu bestt !

Makan mlm pesakit dah sampai .. yg lain pun turut makan sama. hahaha
Esok adalah hari yang mendebarkan dan juga hari yang dinantikan. Baby boy kah? Baby girl kah? Wallahu'alam .. apa pun sahaja pemberianMu kami terima ya Allah .. terima kasih