Friday, September 24, 2010

Hasil Duit Raya Anak-anak

Alhamdulillah, walaupun tak ke mana sangat raya tahun ni tapi masih ada ruang untuk anak-anak daddy belanja duit raya mereka dengan apa sahaja yang mereka mahukan. Only can buy 1 thing. Balance, masuk SSPN yaa. masing2 dah ada account SSPN, senang nak manage. Tengok apa yang Saffiy dan Iman beli .. 


Nak tahu macam mana mereka boleh nak beli kura-kura ni? Ada sekali masa hari raya tu, kami ziarah rumah pak sedara di area Bangi juga. Kat luar rumah dia ada la kura-kura dalam akuarium. Tapi dah besar. Saffiy dan Iman suka tengok telatah kura-kura tu. Katanya cute .. alahai .. lepas tu sibuk kata nak beli kura-kura. Dah duit diorang, aku just penuhi permintaan aja. Lagi pulak menggalakkan anak2 memelihara binatang ni boleh memupuk kasih sayang mereka. Ahhhaaaa ...

No comments:

Post a Comment