Kot ye tak jadi bos pun, lakonan aku kira mantap gak kan? har har harrruunnn ..
Wednesday, September 29, 2010
Gua jadi Boss ??
Ni gambar dummy je. BUkan real pun. Hanya lakonan semata2. Muahahahaa .. ni masa berkunjung ke kedai Abg Anuar Homeopathy kat Bandar Seri Putra, Bangi. Amacam, ada tokoh jadi bos tak? Hua hua hua ..
Friday, September 24, 2010
Hasil Duit Raya Anak-anak
Alhamdulillah, walaupun tak ke mana sangat raya tahun ni tapi masih ada ruang untuk anak-anak daddy belanja duit raya mereka dengan apa sahaja yang mereka mahukan. Only can buy 1 thing. Balance, masuk SSPN yaa. masing2 dah ada account SSPN, senang nak manage. Tengok apa yang Saffiy dan Iman beli ..
Nak tahu macam mana mereka boleh nak beli kura-kura ni? Ada sekali masa hari raya tu, kami ziarah rumah pak sedara di area Bangi juga. Kat luar rumah dia ada la kura-kura dalam akuarium. Tapi dah besar. Saffiy dan Iman suka tengok telatah kura-kura tu. Katanya cute .. alahai .. lepas tu sibuk kata nak beli kura-kura. Dah duit diorang, aku just penuhi permintaan aja. Lagi pulak menggalakkan anak2 memelihara binatang ni boleh memupuk kasih sayang mereka. Ahhhaaaa ...
Thursday, September 16, 2010
Tuesday, September 14, 2010
5th Raya - Baby is born
Alhamdulillah .. Syukur padaMu ya Allah. Zue dah selamat menjalani pembedahan, baby pun dah selamat di lahirkan. Kedua-duanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Aku diberitahu bahawa baby tersebut adalah girl. Alhamdulillah again .. Its ok .. 1st time masa aku tengok baby ni, saling tak tumpah macam muka Saffiy masa dia lahir dulu. Comey anak Daddy n Umi ... Anak ke-3 kami ini diberi nama NurMarya Maisarah
1st day NurMarya Maisarah Binti Muhamad Nazri |
You are sooo cuteeee ... Your birthday is 14, Daddy also 14 ..
Monday, September 13, 2010
4th Raya - Zue masuk Wad
Pagi tadi dah bawa Zue ke Hosp Putrajaya. Ikut jadualnya pagi ni masuk wad n besok baru operate keluarkan baby. Aku hantar Zue without Saffiy n Iman. Kalau bawa diorang nanti susah pula. Masing2 kecil lagi kan .. Lepas setel urusan masuk wad, aku balik jaga anak2.
Sejak balik pagi tadi Saffiy dan Iman suruh siap2 nak pergi tengok Umi kat Hospital. Dan banyak kali tanya 'Baby Muhammad' dah keluar ke? Yaaaa, kami tak scan pun jantina baby. Tapi kami mengharapkan yang last ni mudah2an baby boy lah. Kalau ditakdirkan baby girl, pun syukur alhamdulillah. Bila dah masuk waktu melawat petang baru kami datang ..
Iman : Umi, baby belum keluar lagi ke? |
Rinduuu Ummi ... |
Aduyai .. sampai berdarah2 .. apa punya nurse laaa .. |
Bila Umi dia masuk toilet je, sibuk nak baring atas katil ni ha .. |
Maintain hensem dan vouge |
Iman tak nak turun .. katanya katil tu bestt ! |
Makan mlm pesakit dah sampai .. yg lain pun turut makan sama. hahaha |
Esok adalah hari yang mendebarkan dan juga hari yang dinantikan. Baby boy kah? Baby girl kah? Wallahu'alam .. apa pun sahaja pemberianMu kami terima ya Allah .. terima kasih
Sunday, September 12, 2010
3rd Raya - Dok Umah
Tengoklah apa dah jadi. Anak2 punya penangan main lompat2 atas katil akhirnya patah dah alas kayu tilamnya. Satu hal pulak nak kena DIY. Nasib baik kayutu tak mahal. Tadi beli kat hardware Jalan Mendaling, Kajang harga kayu 10 kaki baru RM8 ..
Hmmm .. Pg esok nak kena hantar Zue masuk Wad. Lusa dah nak kena standby, InsyaAllah bersalinlah dia. Mudah2an dipermudahkan segalan urusan, InsyaAllah .. Aminn ..
Hmmm .. Pg esok nak kena hantar Zue masuk Wad. Lusa dah nak kena standby, InsyaAllah bersalinlah dia. Mudah2an dipermudahkan segalan urusan, InsyaAllah .. Aminn ..
Iman buat ape tu? Aiyoyoooo .. |
Saturday, September 11, 2010
2nd Raya - Saffiy Birthday
Semalam hari raya. Hari ni birthday Saffiy pula. Happy birthday sayang .. Kali ni celebrate simple aje di rumah. Tapi hadiah tetap ada. Something useful for yours. Buat masa ni kalau bagi hadiah, kena bagi kat dua-dua anak sekali. Sebab mereka masih belum faham. Yg penting mesti ada kek dan lilin untuk ditiup.
Happy Birthday NurSaffiyah Waheeda Binti Muhamad Nazri
Friday, September 10, 2010
Selamat Hari Raya 2010
Assalamu'alaikum, tahun ni hari raya jatuh bulan Oktober. Besday aku pun bulan Oktober. Tapi as usual kami tak raya sgt. Raya dalam keadaan berjaga2. Sebenarnya wife aku sepatutnya dijadualkan bersalin semalam. Oleh kerana baby kali ni kena keluar ikut tingkap, dan kiraan keluarnya base on paper maka acceptable lah kalau di lewatkan/cepatkan gitu. Cumanya kalau dilewatkan sket, jika apa2 hal berlaku kepada si ibu maka itu adalah tanggungjawab sepenuhnya dari kami.
Masa doktor Maria (yg checkup Zue kali ni) advise untuk masuk wad dan besoknya bersalin, kami sempat bertanya kalau delay sket boleh tak pasal nak raya dah ni. Muahahaaa, dia kata boleh tapi itu lah. Kalau apa2 berlaku adalah tanggungjawab sendiri. Ada je contraction, terus cepat2 pergi hospital.
This is our pic during raya morning. Enjoy the pic yaa ..
Raya 2010 dengan Famili Bangi |
Raya dalam berjaga-jaga, pi raya pun dekat2 aje. |
Haaaa, tengok baby raya ni nak rasa rendang sebelum keluar melihat dunia. hahaha |
Alahai comelnya anak-anakku |
Monday, September 6, 2010
Aktiviti Sblm Mlm Raya
Aku ada belikan bunga api untuk diorang. Tapi tak banyak la. Sikit aje, bila suasana keliling rumah dah sunyi baru kami keluar main bunga api. Dengan Kamera Kodak Easyshare C743, aku merakamkan detik2 tersebut. Tak lah sehebat jurugambar professional. Ikut je setting sedia ada .. But nice view is it ..
Subscribe to:
Posts (Atom)