Thursday, June 10, 2010

Jalan2 Zoo Negara

Haaa, masa ni jangan tak percaya. Kami mmg pergi Zoo Negara waktu Wife tengah pregnant. Jalan jauh tu. Tabah betul semangat Zue nie. Orang kata tak takut 'kenan' ke? Kami bukan menganiaya binatang pun. Just tengok2 aje takde salahnya kan. Seronok tengok budak2 ni. Enjoy the pic yaa ..

Tengok peta dia. Huuumanggg .. jauh kena jalan ni. Boleh ke Zue? Zue kata, settt ... cayalah .. 











Ingatkan masuk free. Rupanya kena bayar. Arghhh ...

Siamang agaknya ni. Eh .. entah ye ..

Di sini ada bhgn kanak-kanak

Sang Kancil. Kecil je saiz kancil ni. Tak besar pun. Ingatkan 1/2 dari saiz rusa. keh keh keh

Kalau nak tahu, ini lah dia KAMBING. Kalau korang tak tau, eiii ... tak tau lah nak cakap apa

Arnab pun ada kat Zoo nih.

Badak air @ hyppotamus

Takut2 berani aje sebenarnya tu. Lepas bergambar ni, Iman menangis. Hahaha

A Happy Family

Bangau Oh Bangau
 
Pak Belang sedang mundar mandir mencari idea .. apeee nak buat ni yee


Akhirnya dia masuk dalam air dan berendam kat situ. Iskk, kasi la satu ngauman pak belang ..

Huishhh .. Zirafah derr ..

Baik2 kak pah .. kang terbelit leher sesama sendiri kang naya jaa

Gajah berdiri (takkan gajah duduk pulak aduyai)

Penat berjalan .. minum ye kak .. 

Kami balik dalam jam 5 petang. Sampai rumah dah penat. Masing2 kaki melunjur .. hahaha. Happy .. happy

Sunday, May 30, 2010

Memori Kelana Jaya

Hari ni hantar Umi gi talk Cosway di Kelana Square. Sambil tu bawak la anak2 semua. Tak mahu menyusahkan atuk dan nenek dia. So just On Call lah. Kalau ada apa2 mmg terus shoot balik rumah. Lain2 semua boleh adjust. Sementara tunggu talk tu habis, aku bawa anak2 main kat tmn permainan ni. So kira guna time yg ada utk spend dgn mereka.


Sapa2 nak cari model keluarga, boleh la contact saya ya. Muahahahaha

Hati2 ya Iman, nanti jatuh pula

Yaayyyy .. fasiliti ok, just lantai dia je dah terkopek2 sebab proses panas dan hujan

Yippiee ....

Seronoknya mainn ..

Penat2 pun masih boleh Saffiy tersenyum

Daddy pun penat jugak .. !! Ok .. Time's up, jom balik ..

Iman happy je dapat main. Penat la tu ..

Lepas ni nak pergi main kat mana pulak Daddy?
Ntah apa2 gambar yang dua beadik ni ambil. Hahahaaa ..

OIiiittt .. malu laaahh !! muahahahaa







Monday, May 24, 2010

1st Time kena pakai tali pinggang keledar



Masa ni kerajaan Malaysia dah mula mewajibkan semua kenderaan memasang tali pinggang keledar di tempat duduk belakang. Pemasangan ini adalah percuma hingga ke tarikh-tarikh tertentu. Jadi, ini merupakan kali pertamanya mereka memakai tali pinggang keledar di belakang. Kasihan, dah tak boleh lompat-lompat lagi. Hehe, keselamatan harus dijaga kan

Wednesday, May 5, 2010

Happy Birthday Iman - 5years

Happy birthday to you NurDamiya Iman. Daddy n Umi doakan semoga kamu menjadi anak yang solehah, rajin belajar, berjaya di dunia dan akhirat .. Just simple celebration di rumah. Kali ni mencuba sesuatu yg lain, just beli ayam Kelate Fried Chicken. Selalunya beli KFC yg original, tak pun sate .. Haha .. Ok jugak.


Kek mesti tak boleh tinggal. Itu favourite Iman dari dulu lagi

Teruja bila Umi nak pasangkan lilin .. Saffiy perati aje.

Allah selamatkan kamu .. NurDamiya Iman Binti Muhamad Nazri

Hadiah dari Daddy n Umi untuk mu sayang ..



Saturday, May 1, 2010

Jalan2 Sungai Tekala 2010

Yayyy .. Rajin betul kami bawa anak2 pi Sg Tekala nih. Sejak dari Saffiy kecil lagi. Kos pun rendah kalau nak dibandingkan ke Sunway Lagoon ke, any of water park ke. This is much more better rasa aku. Air sungai yg 'pure' .. Yeahhh, we are having fun bebeh.



Sejuk wooo .. belum ready nak masuk air lg time nie

Warm up, kasi posing dulu .. rilek rilekk ..

Ahhh, Daddy ni lambat lah .. sejuk lah .. kami mandi dulu lah .. kedebushhh

peace .. peace


Hah, mak buyung jadi kamera man ..

Seronok tengok diorang dapat mandi sungai

 
Menggigil dah sebenarnya tu .. muahahahaa

Daddy kontrol sejuk .. eiighhh

Kalau nak hilangkan sejuk, buat mcm ni .. lagi .. dan lagi ... hayun kuat sikit ..
Kalau ikut sejuk, sampai esok pun air sungai ni sejuk. hahaha .. layannn

Saturday, February 13, 2010

Balik Kampung .. OOoooOo

Seperti kebiasaan, mostly weekend kami akan berada di Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang. Umah Uwan diorang lah tu. Walaupun tak selalu balik atas sebab2 yang complicated, tetapi hubungan mereka tetap akrab. Biasanya kalau balik kampung, main ajelah kerja diorang. Main sepuas2nya sampai habis satu badan kena gigit nyamuk.

Irish Marissa kalau tak salah nama penuhnya .. hahaa, panggil Irish jaa

Dari kiri : Hanis, Iman, Saffiy, Huda, Ilham

Ada pun Are-Qish nie ..

Masa ni Nasya n Sara takde. Pi mana ntah .. ikut mama dia

Kalau balik Beranang ni, biasanya Naufal dan Aina lah yg paling sibuk. Kesian tu ada juga. Kena buat itu ini, almaklum sedara mana adik beradik ramai. Sabar lah ya. Moga satu hari nanti Allah beri kami satu pembalasan yg sebaik2Nya.

Monday, February 1, 2010

Iman & Taman Permainan

Tadi lepas Saffiy pergi sekolah Smart Reader dengan van, aku bawa Iman pergi taman permainan dekat seksyen 4 tambahan. Dulu masa Iman masih kecik, Saffiy lah yg selalu ke sini bermain. Nostalgia betul. Sekarang mereka makin membesar. Sekejapnya masa berlalu .. I miss the past .. Here's the pic. Memory remain

Masa mula2 sampai, tak panas lagi .. agak malu2 nak main

Suka betul dia ngan benda ni. Di goncang2kannya ..

Tengah sibuk2 main, aku lak sibuk nak ambil gambar

Terowong ajaib .. muahahahaha

Yang ini mmg posing original punya. Bukan suruh2. Amcm, bole jadi model ke? hua hua hua

Dah mula panas sket .. ala2 angin bertiup gitu kononnya


I'm happy when saw them happy
Love my daughter n wife

Friday, November 13, 2009

Kawan Lama

Salam, hari ni main badminton lagi. Kat mana? Main kat dewan orang ramai Precint 16 dekat area Alamanda Putrajaya tu. Main kat sini best, selesa .. Lepas main tadi punyalah haus! Aku pi cari air sekejap, tengah jalan-jalan tiba-tiba ada orang panggil. Eh, siapa pulak yg panggil ni?



Nama brader ni ASRIN. Dulu satu batch masa masuk kerja di AAM. Dia ni suka bermukadimah @ sastera. Pada aku dia seorang yg unik. Mmg best kalau sembang dgn dia, a very humble person. Bang, gua letak gambar lu kat blog gua, jgn marah aaaa ...

Thursday, September 10, 2009

Mencuba cermin mata

Umi Daddy .. Cantaik tak kakak pakai cermin mata



'Iman lagi cantik kan Umi' kata Iman tak mahu mengalah