Hari ni kami bawak anak2 pi jalan2 di Port Dickson. Agenda utamanya mengharapkan air laut tu dapat lah sedikit memulihkan luka Saffiy yg dan dekat 3 minggu tak elok2. Org kata ikhtiar lah tu. Dlm pada masa yg sama, meluangkan masa/aktiviti dgn anak2 sempena cuti sekolah ni. Berbekalkan minyak kereta RM30, tol satu perjalanan RM11.50 kami dapat memanfaatkan masa dan suasana itu dgn gembira sekali ...
PD ni skrg dah lain. Kami pun lama dah tak pergi. Skrg dkt tepi2 pantai tu ada khemah. Boleh sewa dgn kadar berpatutan. Kebetulan abg Atem dah pergi minggu lepas. Katanya sewa khemah tu RM60. Dari pagi, sampai la balik khemah tu kita yg punya. Takde limit masa .. Tapi masa kami dtg, just RM20 aje. Agaknya pasal dah petang kot ..
Kami sampai, then makan dulu since budak2 ni belum makan tgh hari tadi. Ok jugalah makanan yg ada di sini. Murah2 juga, tapi tak tahulah kalau time peak .. hehehe .. Teruja betul Saffiy n Iman nak mandi laut. Mysarah dok meronta2 mcm nak minta dilepaskan. Aku ni bukannya boleh mandi laut sangat. Nanti sekejap2 pening .. hahahah payah betul kalau penyakitnya asyik pening aje. Scroll down for pic pls ..