Friday, November 13, 2009

Kawan Lama

Salam, hari ni main badminton lagi. Kat mana? Main kat dewan orang ramai Precint 16 dekat area Alamanda Putrajaya tu. Main kat sini best, selesa .. Lepas main tadi punyalah haus! Aku pi cari air sekejap, tengah jalan-jalan tiba-tiba ada orang panggil. Eh, siapa pulak yg panggil ni?



Nama brader ni ASRIN. Dulu satu batch masa masuk kerja di AAM. Dia ni suka bermukadimah @ sastera. Pada aku dia seorang yg unik. Mmg best kalau sembang dgn dia, a very humble person. Bang, gua letak gambar lu kat blog gua, jgn marah aaaa ...

Thursday, September 10, 2009

Mencuba cermin mata

Umi Daddy .. Cantaik tak kakak pakai cermin mata



'Iman lagi cantik kan Umi' kata Iman tak mahu mengalah

Tuesday, April 21, 2009

Macam - Macam

Salam .. Aku ada sebuah kereta Proton Iswara. Act bukan milik aku pun. Beli guna nama aku aje untuk adik aku pakai. Kereta ni ok. Tip top, syukur Alhamdulillah .. Tapi aku pun tak tau la kenapa. Dlm hidup aku ni kadang2 mcm2 betul benda yg pelik berlaku. Bila diceritakan pd org, mmg tak berapa masuk akal. Antara benda pelik yg berlaku bila aku guna a.k.a pinjam kete ni dari adik aku seperti gambaran dibawah ..


Asalnya kereta ni start semput2 bila nak memulakan perjalanan. Setelah diperiksa, suspeknya sama ada plug atau cable distributor la puncanya. So aku pun pull out cable plug satu persatu. Dan salah satu cable tu putuihhhh kat tengah2!!!!!!!!! ... Then bakinya masih melekat kat kepala plug tu. Aku pun continue mencabutnya. Tussss !! dgn plug2 tu sekali putuih a.k.a patah. Huuumanggg ... Gogham botow raso ehh .. keh keh keh .. Ni baru cable distributor dan plug.

Ada lagi satu kejadian, tayar kereta ni pancit tiba2 sbb aku terlanggar sesuatu. Alhamdulillah ngam2 aku sempat berhenti kat dpn kedai tayar. Bila diperiksa, nahhh ... spana saiz 10-12 tertusuk kat tayar tu. Pelikkk .. mmg pelikkk ... muahahhhaaaa ...