Wednesday, October 9, 2013

Motivation Card By Saffiyah



Dan nak exam akhir tahun, kakak buat kad motivasi dia.
Beberapa hari ni pun syik study Math dgn Science je.
Harap2 ok keputusannya nanti. Thumbs up Kakak!

Wednesday, September 11, 2013

Happy Birthday Saffiy - 9 Years



11 September 2004, one little girl has been born. His name was Saffiyah. Cute, tembam
bijak dan 'kuat'. Now she turn 9th years old. Happy Birthday Saffiyah !


1st time kami belikan anak2 kek dari Secret Receipe. Ada rezeki lebih, apa salahnya.
Kami nak merasa juga. Takde la apa yg specialnya. Lebih kurang sama aje dengan kek2 yg lain.
Menu, just kek + ayam goreng (tepung KFC). Lebih jimat, dapat banyak dan puas gila
makan ayam. Serius! try ler nanti :)


Part yang paling anak2 suka. Dapat hadiah, beli dari seorang kawan yang buka kedai on9
di Facebook. Wan's Party Shop (promote ni). They just love minions. Look the way they smiling :)


Posing sikit pleaseee .. Setiap kali sambut hari jadi ni, memang tak lari dari kena beli 3 hadiah.
Besday girl sorang, yang lain pun kena ada juga. Kalau tidak ada la yang merajuk, menangis dan
macam2 lagi. Maklum lah, masing2 belum faham.


Daddy, the mastermind of all this. hahahaha ..
Steady ..

Wednesday, August 28, 2013

Iman Notes .. !!




Saya selalu sediakan paper dan pensil supaya anak-anak mudah untuk melukis, menconteng meluahkan apa sahaja perasaan di atas kertas. Asalnya supaya dinding rumah tidah berconteng. Alhamdulillah, ini pula hasilnya. Smart girl as her sister. Love you Iman

Pasal Van ni, takde la lambat sangat datang ambil diorang dekat rumah. Cumanya saya memang menegaskan supaya kita ni kena bersiap-siap awal. Biar kita tunggu orang, jangan orang pula yang tunggu kita. :)


Friday, August 16, 2013




Jenjalan dengan anak-anak. Mereka amat menyukai roti telur berbanding Fast Food. Truly Malaysian is it? hahahaha

Tuesday, August 13, 2013



Pakwe & Makwe
Bergambar di hadapan rumah Cik Samad Klang.
Tapi Cik Samad tak ada di rumah. Hari tu uzur,
moga-moga Cik Samad sihat walafiat hendakNya.

Sunday, August 11, 2013





Haha, di waktu umur 9 tahun


Sunday, July 21, 2013




Nur Marya Maisarah Binti Muhamad Nazri.
Panjang tul nama dia .. Suka shatau orang dia ni (shatau = kacau)
Memanggg bijakkk .. geram betul




Tuesday, July 9, 2013




Kalau dah leka, habis laaa. Org dah nak balik baru nanti nak makan. Hmmm ..

Wednesday, July 3, 2013



Kids sports SKBB at BBB Stadium.
Saffiyah dapat hadiah, Iman pun dapat Hadiah.
Yayyy .. Yang penting usaha dan enjoyyy

Thursday, May 9, 2013

Sunday, May 5, 2013

Happy Birthday Iman - 7 Years



Kek Iman .. Yayy !



Jom tiup lilin .. !

Then, the nexy day ..



Hadiah birthday dari Paksu Ariff untuk Iman.
DIY fridge magnet. Memang bagus la benda ni.
Its so fun for them. Tengah kusyuk la tu.

Sunday, March 17, 2013




Upgrading, blue belt to purple belt.
Congrats Saffiyah!

Sunday, February 10, 2013

Jalan2 Hujung Mingggu



Haa, kali ni kita jalan2 jauh sikit. Dekat Stadium Kajang ya. Fuhhhh, jauh juga
Bangi - Kajang ni. Hahaha, jauh? 10 minit je dah sampai.


Dekat sini ada tempat permainan kanak2, alat senaman sepertu air walker dan sebagainya.
Trek untuk jogging dan padang bola. Kemudahan lain seperti tempat letak kereta agak memuaskan.
Tapi toiletnya tak boleh pakai. Kotor dan tidak terurus :(


Seperti biasa, dah lepas main2 tu mesti nak makan2 atau minum2. Iman dengan
kesukaannya iaitu ayam goreng. Dan macam Upin Ipin dah. Asyik nak ayam goreng aje.


Kakak punya kesukaan nasi lemak. Kadang2 tukar menu Roti Telur bawang.
Haaa, tengok tu ada ayam jugak. Pengaruh Iman la tu. Haa makan yaa makan.


Si Mysarah ni, tak kisah apa pun dia bedal. Masih kecil lagi tak pandai memilih.
dah besar nanti tak tahu la apa makanan kegemaran dia.

Wednesday, February 6, 2013




Balik dari sekolah Agama, habis kena aiskrim

Sunday, January 20, 2013

Aktiviti hujung minggu



Menemani Saffiyah untuk sessi kelas Karate setiap hari ahad tanpa miss. Lepas habis latihan, mesti pergi makan roti telur bawang.

Monday, December 31, 2012

School Session 2013 Begins



Bermula episod persekolahan 2013. Iman masuk darjah 1 manakala Saffiyah naik darjah 3. Belajar rajin-rajin ya. Mereka ni walaupun rumah dekat dengan sekolah, tapi kami tetap hantar sampai pintu pagar. Dan pastikan mereka masuk ke dalam hingga hilang bayangannya. Moga-moga kamu dapat belajar dengan baik, jadi anak yang solehah dan berguna untuk Agama, bangsa & negara.

Tuesday, December 25, 2012

Sunday, December 16, 2012

Opss Stationary 2012 - 2013





Tiap-tiap hujung tahun kena buat macam ni. Mesti ada punya terselit di mana-mana. Bawah meja, tepi katil, belakang peti ais, dalam rak baju. Haaa, check jangan tak check.

Saturday, November 17, 2012

Saturday, October 6, 2012

Ujian penukaran tali pinggang






Upgrading belt, green to blue. Darjah 2.
Mula-mula katanya tak nak datang. Nanti ada pergaduhan. Rupanya bukan pergaduhan, pertaruhan @ pertandingan. Hishhh .. seram dengar kata ada pergaduhan tu. Haha

Tuesday, September 25, 2012

Nak Susu ..!!



Nur Marya Maisarah, 2 years old